Hi Dunia Blog!
Dengan lafaz بِّسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ , bermulalah entri blog aku yang pertama. Sejujurnya, tiada perasaan yang dapat aku zahirkan kerana sejak dari kecil lagi, aku sudah bercita cita mahu mempunyai blog sendiri, namun tidak pernah mempunyai kesempatan untuk menjadikan ianya sebuah realiti (Antara sebabnya adalah kerana sewaktu aku kecil, aku tidak mahir menggunakan komputer, maka blog impianku tidak pernah dapat direalisasikan). Alhamdulillah, kini aku sedang memikirkan segala jenis idea untuk penulisan entri pertamaku. Meskipun aku tidak sabar untuk berkongsi buah fikiran ku di sini, cukuplah untuk entri pertamaku, aku menceritakan serba sedikit mengenai diriku. Nama diberi ialah Nurul Nazirah binti Omar. Tahun ini, aku mencecah umur 20 tahun dan kini sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia ( UPM ) dalam jurusan Sastera Bahasa Asing (Pengkhususan Bahasa Perancis), tahun pertama. Aku sebenarnya mengambil jurusan TESL (Teaching English As S