Hi Dunia Blog!
Dengan lafaz بِّسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ , bermulalah entri blog aku yang pertama. Sejujurnya, tiada perasaan yang dapat aku zahirkan kerana sejak dari kecil lagi, aku sudah bercita cita mahu mempunyai blog sendiri, namun tidak pernah mempunyai kesempatan untuk menjadikan ianya sebuah realiti (Antara sebabnya adalah kerana sewaktu aku kecil, aku tidak mahir menggunakan komputer, maka blog impianku tidak pernah dapat direalisasikan). Alhamdulillah, kini aku sedang memikirkan segala jenis idea untuk penulisan entri pertamaku.
Meskipun aku tidak sabar untuk berkongsi buah fikiran ku di sini, cukuplah untuk entri pertamaku, aku menceritakan serba sedikit mengenai diriku.
Nama diberi ialah Nurul Nazirah binti Omar. Tahun ini, aku mencecah umur 20 tahun dan kini sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Sastera Bahasa Asing (Pengkhususan Bahasa Perancis), tahun pertama.
Aku sebenarnya mengambil jurusan TESL (Teaching English As Second Language) sewaktu aku belajar asasi di UiTM Dengkil dahulu, namun Allah itu Maha Mengetahui. Rezeki aku bukanlah untuk menyambung TESL, malah aku diberi peluang untuk menyambung jurusan Bahasa Perancis yang aku rasa semua tahu yang ianya amatlah jauh berbeza dengan jurusan TESL. Meskipun pada awalnya aku sukar menerima keputusan ini, tetapi akhirnya dengan pujukan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain, aku menyahut cabaran ini dengan niat yang peluang belajar itu ada di mana-mana asalkan seseorang itu terus berusaha.
Dan buat masa ini, aku amatlah bersyukur kerana diberi peluang belajar di UPM. Tipulah sekiranya aku katakan yang kehidupan aku di sini sangat bahagia, kerana tidak ada kehidupan di luar sana yang tiada dugaan dan cabaran. Semua orang mempunyai dugaan yang mereka perlu hadapi sendiri, tapi bagi aku dugaan dan cabaran itulah yang menjadikan kehidupan ku lebih manis, bak kata pepatah :
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Sekian sahaja untuk entri kali ini, insyaAllah akan aku kongsikan lebih banyak lagi dalam entri yang akan datang 💌
Sekian sahaja untuk entri kali ini, insyaAllah akan aku kongsikan lebih banyak lagi dalam entri yang akan datang 💌
Selamat malam :)
Comments
Post a Comment