Kehidupan yang tampak tenang
Dengan lafaz بِّسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ, bermulalah entri blog ku pada kali ini. Topik yang akan aku kupaskan pada harini adalah berkaitan depresi dan stres.
Apa yang aku mahu kongsikan pada hari ini hanyalah sedikit ilmu yang aku pelajari daripada pembacaanku sebelum-sebelum ini, dengan tujuan agar masyarakat di luar sana lebih cakna tentang bahayanya depresi, kemurungan dan stres. Kerana daripada apa yang dapat aku perhatikan terutamanya di media sosial, ramai yang sangkakan masalah mental seperti ini adalah perkara yang normal dalam kehidupan harian.
Sebenarnya, masalah mental seperti depresi, stres dan kemurungan adalah sangat berbeza dengan perasan sedih yang kita biasa rasakan apabila kita menghadapi sesuatu masalah kerana bagi individu yang menghadapi masalah mental ini, keadaannya adalah lebih teruk, malah kesannya pada individu adalah berpanjangan. Perasaan itu boleh muncul pada setiap waktu, pada bila masa sahaja dan bahkan, boleh berlarutan sehingga lamanya.
Bahayanya masalah mental seperti ini adalah ianya tidak boleh didiagnosis. Dalam erti kata lain, individu yang menghadapi masalah ini biasanya tampak normal dari luar. Sehinggalah tiba di satu tahap mereka tidak dapat menampung beban yang mereka rasakan sehinggakan mereka berbuat keputusan untuk menamatkan kehidupan mereka.
Sering kali kita lihat di muka akhbar, ahli keluarga kepada golongan ini tidak pernah sedar tentang perubahan yang dihadapi oleh mangsa penyakit mental ini. Sedangkan sekira kita melihat pada sudut yang positif, ahli keluargalah yang mampu membantu dan memberi sokongan moral kepada mereka untuk meneruskan hidup.
Apabila Allah SWT berkehendak dan menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka terjadilah ia - "كن فيكون"
Oleh itu, kita sebagai ahli masyarakat haruslah mengambil iktibar dengan memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan, malah harus cakna memberikan perhatian kepada orang tersayang di keliling kita, di samping menjaga kesihatan fizikal dan mental diri sendiri.
Comments
Post a Comment