Kehidupan di Kolej

Assalamualaikum 🙋 Harini aku akan ceritakan sedikit aktiviti yang aku libatkan diri sepanjang minggu lepas sehingga membuatkan aku seolah nampak sibuk. Aku tinggal di Kolej 14 @Serumpun, iaitu salah satu kediaman kolej tertua di UPM. Bagaimanapun, syarat untuk kekal sepanjang tahun di kolej ini adalah sekiranya pelajar mempunyai jumlah merit yang tertentu, merangkumi merit universiti dan juga merit kolej. 

Merit yang telah dikumpul

Oleh itu, aku sebagai pelajar tahun pertama yang masih mempunyai masa 2 tahun setengah lagi untuk menuntut di sini haruslah mengumpul merit secukupnya! Tidak silap aku, setiap pelajar seharusnya mempunyai 60 merit kolej dan 20 merit universiti sekurang-kurangnya 😦 Dek kekurangan meritlah, aku dan kawan-kawanku melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti di sini. Bukan sahaja sebagai peserta, namun juga sebagai ahli jawatankuasa untuk menjayakan program-program ini. 

Minggu lepas, aku telah melibatkan diri dalam dua program. Yang pertama ialah Program Fonesta Kolej 14 dimana pelajar-pelajar kolej ini boleh menyertai untuk menunjukkan bakat mereka tidak kira dalam bidang apa. Tugas aku ketika itu ialah untuk menjadi usher VIP. Aku harus mengiring VIP daripada bilik mesyuarat ke dalam dewan dan juga sepanjang program itu berlangsung. 



Seterusnya, untuk program kedua aku telah melibatkan diri dalam Festival Festik, kerjasama kolej 14 dan kolej 15. Aku telah menjadi jawatankuasa teknikal di mana aku perlu mengawal audio dan bunyi yang dimainkan sepanjang teater. Sejujurnya, aku sebenarnya dipaksa oleh kawanku untuk menyertai namun lama kelamaan, aku sendiri seronok dapat melibatkan diri di dalam program ini. Ini juga kerana ianya adalah pertama kali aku dapat belajar teknikal mengawal audio di teater. Aku rasa seperti seolah-olah aku di set lakonan! 😋


Walaupun pada awalnya aku menyertai kedua program ini hanya untuk mengumpul merit, aku akhirnya juga dapat mengumpul pengalaman baharu di sini, dan malah menjumpai 'keluarga' baharu!

Comments