Tautan Kasih @ Sg Ruil, Cameron Highland
Assalamualaikum semua 💗 Hari ini, aku akan menceritakan pengalaman aku pergi ke Cameron Highland untuk program Tautan Kasih bersama Orang Asli yang dianjur oleh kumpulan Bakti Siswaku. Kami bergerak ke Kompleks Akademik A (KAA) , UPM pada malam Jumaat yang lalu, tepat pada pukul 11 malam. Disebabkan aku adalah ketua AJK makanan, aku harus menguruskan penghantaran air mineral dan roti ke KAA awal pada pukul 10 malam. Alhamdulillah, urusan aku dipermudahkan apabila Izham, ketua kumpulan Bakti Siswaku membantu. Selain Izham, Nadhirah dan Yasir juga membantu dalam menguruskan pergerakan makanan pagi kami sepanjang program ini. Bas bertolak tepat pukul 12 malam setelah kami semua memastikan semua barang keperluan kami di sana sudah mencukupi. Di KAA , kami dikehendaki menghantar surat akuan diri dahulu sebagai surat pelepasan untuk kami mengikuti program ini. Perjalanan ke Cameron Highland malam itu sungguh menyeronokkan bagiku. Tidak silapku, perjalannya mengambil