Ahlan Wasahlan Ramadhan
Assalamualaikum semua 💜
Untuk entri kali ini, aku ingin menceritakan tentang Ramadhan yang bakal tiba pada 11 Mei ini. Tahun ini, aku menyambut Ramadhan di tempat belajar yang baharu, dan kali ini juga aku menyambut bulan yang penuh dengan rahmat ini jauh dengan keluarga tercinta. Namun, ianya bukanlah satu cabaran yang besar untuk aku pun kerana aku sudah lalui perkara yang sama daripada zaman aku di sekolah berasrama penuh dahulu.
Setiap tahun apabila bulan ini menjelang tiba, perasaan aku bercampur baur. Gembira, tidak sabar, letih dan bermacam lagi.
Berbicara tentang ramadhan dan puasa, teringat kembali aku pada waktu pertama aku berpuasa. Aku mula belajar berpuasa pada darjah satu dan ketika itu punyalah aku bersungguh menahan lapar dan haus. Pada mulanya, abah dan mama banyak kali suruh aku membatalkan puasa dek risau dengan keadaan aku, namun aku tetap degil menahan sehinggalah masuk pukul 7. Alhamdulillah, hasil didikan abah dan mama yang mengajar aku berpuasa pada umur yang masih muda kini mempermudahkan urusan ku sehingga kini setiap kali masuk bulan Ramadhan.
Akhir kata, aku hanya berharap yang bulan Ramadhan tahun ini akan menjadi bulan yang penuh barakah dan sejurus itu, menjadi titik permulaan untuk aku berubah yang teruk menjadi elok, dan yang elok menjadi lebih baik, InsyaAllah.
P.s : Aku tak sabar untuk pergi ke bazaar Ramadhan bersama kawan-kawan di UPM 😀
Comments
Post a Comment