DreamCatcher, Penangkap Mimpi Buruk

Pernahkah anda dengar tentang Dreamcatcher? 


Dreamcatcher dikenali sebagai penangkap mimpi buruk dan ianya diamalkan sebagai kepercayaan oleh orang Barat namun berasal daripada suku Indian Ojibwe. Suku Indian ini dipercayai mampu mengusir dan menangkap mimpi buruk dengan cara meletakkannya di dalam bilik tidur kita. 

Makna daripada lingkaran di dalam Dreamcatcher ini ialah sebagai perjalanan roh bulan atau giizis dari langit. Golongan ini percaya bahawa ianya dapat menyaring aura-aura negatif yang dibawa oleh roh bulan dalam mimpi seseorang. Sehinggakan orang yang sedang tidur itu hanya akan mendapat aura positif dan mimpi yang indah sahaja. Aura negatif atau mimpi buruk yang terperangkap itu di jaring Dreamcatcher itu akan terhapus apabila terbit pada keesokan harinya. 

Namun, semua itu hanyalah mitos! 

Kini, Dreamcatcher lebih disukai sebagai aksesori hiasan di bilik tidur. Bentuknya yang unik dan pelbagai dan warnanya yang menarik membuatkan ramai remaja zaman kini tertarik dan menjadikan ianya sebagai satu hiasan yang 'wajib' untuk menyerikan bilik tidur mereka. Malah, sekiranya kita lihat di Malaysia sekarang, reka bentuknya semakin lama semakin kreatif dan ianya boleh dijumpai di kebanyakan kedai di sini. 

Dan sekiranya anda ingin merekanya sendiri mengikut kreativiti anda, anda boleh cari di youtube danm lihat tutorialnya! Mengikut pengalamanku sendiri, merekanya bukanlah satu perkara yang susah kerana semua bahan-bahan yang anda perlukan boleh dijumpai dan harganya juga berpatutan. Anda boleh tekan link youtube di bawah untuk info dan video lebih lanjut. Selamat mencuba ❤️

P.s : https://www.youtube.com/watch?v=PGpiHzxooTo 

Comments